Sokongan terhadap Perkasa Pertubuhan Pribumi Perkasa

Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre menjalankan kajian pada 11-27 Mac 2010 melibatkan 883 pengundi berdaftar di Semenanjung Malaysia:

  1. Hampir 70 % pengundi Melayu di Semenanjung menyokong tuntutan Perkasa agar kerajaan tidak membuka kuota dan perlindungan ekonomi orang Melayu. Sebahagian besar yang menyokong tuntutan Perkasa itu terdiri daripada ahli-ahli UMNO.
  2. 61 % orang Melayu bersetuju bahawa Perkasa boleh membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya ke-13. Perkasa sebagai NGO mampu mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak dalam memperjuangkan isu berkaitan Melayu.
  3. 44 % orang Melayu setuju terhadap isu 'kaum Cina akan merampas negara' pada masa hadapan.[8]